SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MATEMATIK TAHUN 2

Jumaat, 26 November 2010

Aktiviti Pembelajaran 2: Menggunakan Perkataan Berkaitan Isipadu Cecair

Aktiviti 2  
Hasil Pembelajaran : Menggunakan perkataan berkaitan dengan isipadu cecair (Use words related to volume of liquid)
Di akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1)   Menggunakan perkataan berkaitan dengan isipadu cecair iaitu kosong (empty), separuh penuh (half full) dan penuh (full).
Alatan/bahan :
i)  Kit Pembelajaran isipadu cecair
ii)  Lembaran kerja/ buku aktiviti (bahagian 2)
Prosedur/langkah-langkah
1)   Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil. (3 orang dalam satu kumpulan). Terapkan amalan bekerjasama dalam kumpulan. (Murid-murid terdiri daripada kumpulan pencapaian rendah)
2)   Setiap kumpulan diberi alatan seperti yang dinyatakan di atas. Setiap ahli kumpulan diminta melabelkan 3 balang menggunakan kad imbasan yang disediakan oleh guru.
3)    Murid seterusnya membandingkan jawapan yang mereka berikan dengan kad imbasan lutsinar yang dibekalkan dalam kit tersebut. Contoh seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Kosong


Rajah 2: Separuh Penuh



Rajah 3: Penuh


 
4)  Apabila telah menguasai konsep yang dipelajari murid seterusnya diminta menyelesaikan ‘Teka-teki Suai     Jodoh Isipadu Cecair’ seperti dalam Rajah 4 di bawah. Aktiviti ini akan menambah lagi kefahaman murid tentang konsep yang dipelajari serta menggalakkan  sikap bekerjasama.

Rajah 4
 

Sebelum disuai

Rajah 5 


Selepas disuai


Aktiviti ini boleh dijadikan pertandingan untuk menimbulkan rasa seronok di kalangan pelajar. Kumpulan yang dahulu menyelesaikan teka-teki tersebut dikira pemenang.
5)  Akhir sekali setiap kumpulan diminta menyusun balang-balang mengikut kapasiti dalam turutan menaik/menurun serta menyiapkan lembaran kerja yang disertakan atau latihan dalam buku aktiviti bahagian 2 muka surat 85. ( Matematik Tahun 2 )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan