SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MATEMATIK TAHUN 2

Jumaat, 26 November 2010

Selamat Datang...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini..

Untuk makluman semua,  blog ini adalah salah satu bolg yang dibangunkan bertujuan untuk memberi serba sedikit perkongsian ilmu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran subjek  Matematik Tahun 2 berkenaan topik Isipadu Cecair.

Murid-murid tahun 2 khususnya sering menghadapi masalah serta  tersalah konsep berkaitan dengan topik tersebut. Kesalahfahaman konsep ini  dapat dilihat terutamanya apabila mereka cuba membuat perbandingan  kapasiti air yang terdapat di dalam dua buah bekas yang berlainan saiz. Mereka sering membuat perbandingan berdasarkan ketinggian bekas  dan bukannya berdasarkan kapasiti  atau muatan sesuatu bekas itu.

Seseorang guru yang ingin mengajar topik ini perlu lebih berhati-hati serta tahu akan kesalahfahaman konsep setiap orang murid berhubung dengan kapasiti/muatan sesuatu bekas. Ramai diantara murid biasa dengan konsep panjang atau berat tetapi kurang yang mengetahui berkenaan dengan kapasiti/muatan.

Semua masalah tersebut boleh ditangani dengan memberi murid-murid peluang membuat eksperimen atau siasatan serta pengalaman sendiri menyukat dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap konsep isipadu cecair.  Hal ini akan lebih lagi berkesan dengan adanya guru yang bertindak sebagai perancang aktiviti pembelajaran di tambah lagi dengan penyediaan Alat Bantu Mengajar/Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dan menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan