SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MATEMATIK TAHUN 2

Jumaat, 26 November 2010

Aktiviti Pembelajaran 1: Menyukat Isipadu Cecair Menggunakan Unit Tidak Piawai

Aktiviti 1  
Hasil Pembelajaran : Menyukat dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai
Di akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1)   Menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai.
2) Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.

Alatan/bahan :

Gambar 1


i)  Alat penyukat serbaguna
ii)  Bekas pelbagai saiz ( 2 set )
iii) 1 botol air berwarna



Prosedur/langkah-langkah pengajaran:
1)   Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu melantik seorang pencatat dan seorang pembentang. (4 orang dalam satu kumpulan). Terapkan amalan bekerjasama dalam kumpulan. (Murid-murid terdiri daripada kumpulan pencapaian tinggi dan murid-murid pencapaian rendah)
2)   Setiap kumpulan diberi 1 set alatan seperti yang ditunjukkan di atas. Mereka juga diberi kad arahan serta borang untuk mencatat setiap aktiviti yang mereka jalankan. (Bekas boleh berlainan untuk setiap kumpulan) Contoh kad arahan:

Kad Arahan
Arahan  1 – Buat dahulu anggaran isipadu setiap bekas dan catat anggaran dalam borang yang disediakan pada ruangan anggaran. Kemudian barulah cari sukatan sebenar isipadu air dalam semua bekas A, B, C dan D dengan menggunakan alat penyukat serbaguna.

Arahan 2 -  Rekod semua isipadu yang telah diperolehi dalam jadual.

Arahan 3 – Buat perbincangan bersama ahli kumpulan dan akhir sekali buat rumusan berkaitan dengan dapatan yang kumpulan anda perolehi.

Arahan 4 – Salah seorang ahli kumpulan diminta membuat pembentangan.


Contoh Jadual

Bekas
Anggaran Paras Air
Paras Isipadu Air
Rumusan / Kesimpulan
1.Bekas A (cawan)


2. Bekas B (bekas plastik)

3.Bekas C (botol gula-gula)


4. Bekas D (botol kordial)



3)  Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan dan guru sebagai fasilitator.
4) Kemudian murid-murid dalam kumpulan diminta menulis dapatan mereka dengan menggunakan  penyataan lebih daripada   atau   kurang  daripada   dalam lembaran kerja yang disertakankan bersama jadual.                             
      1. Isipadu air dalam cawan _______________  isipadu air dalam bekas plastik.
2. Isipadu air dalam botol kordial _______________  isipadu air dalam bekas plastik.
3. Isipadu air dalam botol gula-gula ______________ isipadu air dalam bekas plastik.
4. Isipadu air dalam cawan _____________________isipadu botol gula-gula.
5)  Akhir sekali arahkan setiap kumpulan menyusun bekas-bekas mengikut kapasiti dalam turutan menaik.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan