SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MATEMATIK TAHUN 2

Jumaat, 26 November 2010

Selamat Datang...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini..

Untuk makluman semua,  blog ini adalah salah satu bolg yang dibangunkan bertujuan untuk memberi serba sedikit perkongsian ilmu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran subjek  Matematik Tahun 2 berkenaan topik Isipadu Cecair.

Murid-murid tahun 2 khususnya sering menghadapi masalah serta  tersalah konsep berkaitan dengan topik tersebut. Kesalahfahaman konsep ini  dapat dilihat terutamanya apabila mereka cuba membuat perbandingan  kapasiti air yang terdapat di dalam dua buah bekas yang berlainan saiz. Mereka sering membuat perbandingan berdasarkan ketinggian bekas  dan bukannya berdasarkan kapasiti  atau muatan sesuatu bekas itu.

Seseorang guru yang ingin mengajar topik ini perlu lebih berhati-hati serta tahu akan kesalahfahaman konsep setiap orang murid berhubung dengan kapasiti/muatan sesuatu bekas. Ramai diantara murid biasa dengan konsep panjang atau berat tetapi kurang yang mengetahui berkenaan dengan kapasiti/muatan.

Semua masalah tersebut boleh ditangani dengan memberi murid-murid peluang membuat eksperimen atau siasatan serta pengalaman sendiri menyukat dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap konsep isipadu cecair.  Hal ini akan lebih lagi berkesan dengan adanya guru yang bertindak sebagai perancang aktiviti pembelajaran di tambah lagi dengan penyediaan Alat Bantu Mengajar/Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dan menarik.

Aktiviti Pembelajaran 2: Menggunakan Perkataan Berkaitan Isipadu Cecair

Aktiviti 2  
Hasil Pembelajaran : Menggunakan perkataan berkaitan dengan isipadu cecair (Use words related to volume of liquid)
Di akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1)   Menggunakan perkataan berkaitan dengan isipadu cecair iaitu kosong (empty), separuh penuh (half full) dan penuh (full).
Alatan/bahan :
i)  Kit Pembelajaran isipadu cecair
ii)  Lembaran kerja/ buku aktiviti (bahagian 2)
Prosedur/langkah-langkah
1)   Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil. (3 orang dalam satu kumpulan). Terapkan amalan bekerjasama dalam kumpulan. (Murid-murid terdiri daripada kumpulan pencapaian rendah)
2)   Setiap kumpulan diberi alatan seperti yang dinyatakan di atas. Setiap ahli kumpulan diminta melabelkan 3 balang menggunakan kad imbasan yang disediakan oleh guru.
3)    Murid seterusnya membandingkan jawapan yang mereka berikan dengan kad imbasan lutsinar yang dibekalkan dalam kit tersebut. Contoh seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Kosong


Rajah 2: Separuh Penuh



Rajah 3: Penuh


 
4)  Apabila telah menguasai konsep yang dipelajari murid seterusnya diminta menyelesaikan ‘Teka-teki Suai     Jodoh Isipadu Cecair’ seperti dalam Rajah 4 di bawah. Aktiviti ini akan menambah lagi kefahaman murid tentang konsep yang dipelajari serta menggalakkan  sikap bekerjasama.

Rajah 4
 

Sebelum disuai

Rajah 5 


Selepas disuai


Aktiviti ini boleh dijadikan pertandingan untuk menimbulkan rasa seronok di kalangan pelajar. Kumpulan yang dahulu menyelesaikan teka-teki tersebut dikira pemenang.
5)  Akhir sekali setiap kumpulan diminta menyusun balang-balang mengikut kapasiti dalam turutan menaik/menurun serta menyiapkan lembaran kerja yang disertakan atau latihan dalam buku aktiviti bahagian 2 muka surat 85. ( Matematik Tahun 2 )


Aktiviti Pembelajaran 1: Menyukat Isipadu Cecair Menggunakan Unit Tidak Piawai

Aktiviti 1  
Hasil Pembelajaran : Menyukat dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai
Di akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1)   Menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai.
2) Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.

Alatan/bahan :

Gambar 1


i)  Alat penyukat serbaguna
ii)  Bekas pelbagai saiz ( 2 set )
iii) 1 botol air berwarna



Prosedur/langkah-langkah pengajaran:
1)   Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu melantik seorang pencatat dan seorang pembentang. (4 orang dalam satu kumpulan). Terapkan amalan bekerjasama dalam kumpulan. (Murid-murid terdiri daripada kumpulan pencapaian tinggi dan murid-murid pencapaian rendah)
2)   Setiap kumpulan diberi 1 set alatan seperti yang ditunjukkan di atas. Mereka juga diberi kad arahan serta borang untuk mencatat setiap aktiviti yang mereka jalankan. (Bekas boleh berlainan untuk setiap kumpulan) Contoh kad arahan:

Kad Arahan
Arahan  1 – Buat dahulu anggaran isipadu setiap bekas dan catat anggaran dalam borang yang disediakan pada ruangan anggaran. Kemudian barulah cari sukatan sebenar isipadu air dalam semua bekas A, B, C dan D dengan menggunakan alat penyukat serbaguna.

Arahan 2 -  Rekod semua isipadu yang telah diperolehi dalam jadual.

Arahan 3 – Buat perbincangan bersama ahli kumpulan dan akhir sekali buat rumusan berkaitan dengan dapatan yang kumpulan anda perolehi.

Arahan 4 – Salah seorang ahli kumpulan diminta membuat pembentangan.


Contoh Jadual

Bekas
Anggaran Paras Air
Paras Isipadu Air
Rumusan / Kesimpulan
1.Bekas A (cawan)


2. Bekas B (bekas plastik)

3.Bekas C (botol gula-gula)


4. Bekas D (botol kordial)



3)  Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan dan guru sebagai fasilitator.
4) Kemudian murid-murid dalam kumpulan diminta menulis dapatan mereka dengan menggunakan  penyataan lebih daripada   atau   kurang  daripada   dalam lembaran kerja yang disertakankan bersama jadual.                             
      1. Isipadu air dalam cawan _______________  isipadu air dalam bekas plastik.
2. Isipadu air dalam botol kordial _______________  isipadu air dalam bekas plastik.
3. Isipadu air dalam botol gula-gula ______________ isipadu air dalam bekas plastik.
4. Isipadu air dalam cawan _____________________isipadu botol gula-gula.
5)  Akhir sekali arahkan setiap kumpulan menyusun bekas-bekas mengikut kapasiti dalam turutan menaik.







Khamis, 25 November 2010

Alat Bantu Mengajar 2

ABM 2   :  Kit Pembelajaran Isipadu Cecair.
                                                          
 Kad Imbasan Lutsinar 1 
Set  Teka-teki Suai Jodoh Isipadu cecair                        
         









3 Balang plastik
Bahan dan Anggaran Kos
Bahan dan anggaran kos untuk menghasilkan alat bantu mengajar ( Kit Pembelajaran Isipadu Cecair ) adalah seperti dalam Jadual 1 .


Jadual 1 : Bahan dan  Kos Pembinaan ABM 2



Bil
Jenis Bahan
Kuantiti
Kos (RM)
1
Balang Plastik ( bekas plastik terpakai)
3
-
2
Mounting board
1
RM 2.50
3
Plastik Lutsinar saiz A4
1
RM 0.20
4
Pisau NT Cutter
1
RM 2.50
5
Gelang getah
1
-
6
Double sided tape
1
RM 1.20
7
Pensel warna
1 set
RM7.50
8
Pensel dan pemadam
1
RM 0.50
9
Pembaris
1
-
Jumlah
RM 14.40


Pembinaan
1.Sediakan semua bahan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

   
2.  Penyediaan kad imbasan lutsinar adalah seperti berikut.
     i.  Sediakan sekeping plastik lutsinar saiz A4,  mounting board, pisau, gelang getah, marker pen ( biru, merah , hijau, hitam )
     ii.  Potong plastik lutsinar dan mounting board saiz separuh A4. Tebuk 2 lubang di bahagian atas. Kemudian  ikat kesemua bahan yang dipotong tadi dengan menggunakan gelang getah.
     iii)  Lukiskan gambar yang menunjukkan gelas kosong, gelas berisi separuh air dan gelas  penuh air. Contoh kad imbasan lutsinar seperti dalam Rajah di bawah.
   

3.   Penyediaan Set Teka-teki Suai Jodoh Isipadu Cecair seperti dalam Rajah  di bawah.
i)     Lukis petak segitiga pada mounting board seperti dalam rajah di bawah


 ii)        Lukis gambar dan kenyataan berkenaan dengan gambar seperti dalam rajah di bawah.
iii)       Setelah siap dilukis dan diwarna, potong kad tersebut mengikut kebolehan murid. Jika untuk murid lemah memadai memotong mengikut bentuk segitiga besar seperti dalam rajah di bawah. Tetapi jika untuk murid pencapaian tinggi guru boleh memotong mengikut bentuk segitiga kecil. Ini akan memberi cabaran kepada mereka kerana susunan lebih rumit.         

4.   Penyediaan yang terakhir ialah 3 balang seperti dalam Rajah  di bawah.

      Alatan ini untuk membina pengalaman konkrit.Setiap balang diisi dengan air berwarna pada paras  yang berbeza ( penuh, separuh penuh, kosong )





Penggunaan
Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan untuk pembelajaran murid  dari pelbagai tahap pencapaian. Antara kemahiran yang boleh diajar menggunakan alat bantu mengajar ini ialah :
  1. Use the vocabulary related to volume

Alat Bantu Mengajar 1

ABM 1 : Alat Penyukat Serbaguna
Bahan dan Anggaran Kos
Bahan dan anggaran kos untuk menghasilkan alat bantu mengajar ( Alat Penyukat Serbaguna ) adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Kuantiti Bahan dan Anggaran Kos Pembinaan ABM 1


Bil
Jenis Bahan
Kuantiti
Anggaran Kos (RM)
1
Bekas Plastik (botol mineral 1500ml yang terpakai)
4
-
2
Gunting
1
RM 2.50
3
Pisau NT Cutter
1
RM 2.50
4
Pelekat ( cellotape )
1
RM 0.80
5
Double sided tape
1
RM 1.20
6
Riben plastik
1
RM 1.20

Jumlah
RM 8.20


Pembinaan
1.Sediakan semua bahan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah

 
Rajah 1


2.  4 botol plastik yang kosong dipotong seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah untuk menghasilkan 2 bekas plastik. Adalah diingatkan bahawa 2 botol dipotong di bahagian atas sedikit dan 2 botol lagi dipotong ke bawah sedikit. Tujuannya supaya bahagian atas botol boleh dijadikan sebagai corong. Jika kesemua botol dipotong sama paras, bahagian untuk dibuat corong akan mudah jatuh ke dalam botol tersebut.
Potong bahagian atas botol
Botol yang sudah siap dipotong

Buang pembalut botol dan letakkan bahagian atas botol secara terbalik untuk dijadikan corong
3.  Empat senggatan ditanda pada bekas-bekas untuk menunjukkan ketinggian cecair dalam bekas. Pastikan senggatan setiap bekas mempunyai ketinggian yang sama. Bahagian atas perlu ditutup dengan dengan pita pelekat supaya tidak merbahaya kepada murid-murid kerana bahagaian yang  telah dipotong tadi agak tajam. Lepas itu hiaskan dengan riben. Setiap bahagian perlu dilabelkan untuk menentukan paras ais. Contoh seperti dalam rajah 4 dibawah.
Rajah 4
Setiap bahagian dilabelkan nombor 1hingga 5 untuk menunjukkan paras air
4.  Akhir sekali tebuk beberapa lubang di bahagian atas botol. Tujuannya supaya memudahkan air keluar dari dalam botol jika hendak menggunakannya untuk aktiviti yang seterusnya. Pastikan tebukan tidak terkena bahagian corong. Jika tidak air akan terkeluar semasa mengisi air ke dalam botol.
Bahagian atas botol ditebuk 
Penggunaan
Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan untuk mengajar beberapa kemahiran dan boleh digunakan oleh murid  dari pelbagai tahap penguasaan. Antara kemahiran yang boleh diajar menggunakan alat bantu mengajar ini ialah :
  1.   Use the vocabulary related to volume
  2.   Compare the volumes of two liquid by direct comparison.
  3.   Measure volumes of liquid using uniform non-standard units.