SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MATEMATIK TAHUN 2

Isnin, 11 Oktober 2010

Bahan Pengajaran

Bahan pengajaran guru merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada carta, radas-radas, model, alatan konkrit, gambar, peta, perisian kursus, transperansi, projektor dan sebagainya.

Kepentingan bahan pengajaran ini ialah :

  1. Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat.
  2. Merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.
  3. Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya. Dengan adanya alat bantu mengajar, guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan.
  4. Dengan penggunaan alat bantu mengajar seperti carta-carta yang telah disediakan dengan maklumat-maklumat penting, guru dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana guru tidak perlu menulis maklumat-maklumat  itu di atas papan tulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan